Kehilangan seorang teman
Dalam hidup ini kita perlukan seseorang sebagai teman bicara selain teman wanita jika ada. Teman yang aku maksudkan adalah Sahabat Baik yang bukan jenis seperti kata kebanyakannya orang! KAWAN KETAWA MEMANG RAMAI, KAWAN MENANGIS SATU PUN PAYAH NAK JUMPA. Itulah lumrah alam yang kita terpaksa hadapi. Ini kisah benar tentang persahabatan kami di satu tempat kerja di kedai makan. Enam tahun bukan masa yang singkat untuk di ceritakan tentang hebatnya persahabatan kami. Aku selalu jaga Sahabat ku dengan baik tanpa rasa jemu. Maklumlah! Sahabat baik ku ini hidup sebatang kara. Tak ada saudara mara dan adik beradik yang lain. Banyak kisah suka duka kami kongsi bersama dan sentiasa jadi pendengar setia. Sahabatku ada kanser dan ketika dia sakit, aku jaga macam adik kandung sendiri. Kadang-kadang aku lap airmata Sahabat ku yang sedang bertarung menanggung sakit kansernya.
Kat tempat kerja ni aku bukan ada ramai kawan baik yang boleh di anggap betul-betul di anggap sahabat. Seorang lagi pun kerja sama macam kami enam tahun juga. Tapi dia berhenti kerja maka aku kehilangan seorang sahabat baik. Yang tinggal cuma Sazali Sahabat baikku yang sakit kanser. Aku selalu pujuk dia supaya yakin penyakit kanser ini akan sembuh. Tapi pada hakikatnya Doktor sendiri bilang Sazali tidak ada harapan untuk hidup lebih lama. Namun aku tetap memberi semangat agar Sahabat baik ku ini kuat dengan motivasi yang aku berikan. Sejujurnya harapan aku sangat tinggi untuk Sazali sembuh seperti sediakala tapi semua itu atas izin Allah jua. Aku sebagai teman baiknya hanya mampu berdoa dan ada ketikanya aku menangis sendirian tanpa pengetahuannya.
Dan tiba-tiba aku dapat perkhabaran Sazali kemalangan jalanraya, motosikal yang ditunggangnya di langgar dari belakang. Sazali di masukkan ke wad kecemasan untuk diberikan bantuan pernafasan dan pembedahan kecil akibat beberapa tulangnya patah. Bayangkan azab yang terpaksa di tanggung oleh Sahabat baikku, dah lah penyakit kanser tak sembuh-sembuh! ditambah pula terpaksa tanggung sakit baru akibat kemalangan yang menimpa beliau.
Aku tak tentu arah kat tempat kerja! sebagai Supervisor Restoran sudah tentu kena utamakan amanah dari Majikan ku. Tapi aku hilang tumpuan asyik teringatkan dia di wad hospital. Aku cuma sempat hantar makanan sahaja sambil jenguk dia sekejap waktu rehatku. Tak sampai seminggu Sazali berada di Hospital, aku dapat panggilan yang beliau telah meninggal dunia. Aku tak fikir panjang terus tutup kedai dengan keizinan Bossku untuk urusan pengkebumiannya. Dan setelah selesai aku hilang panduan hidup seketika bagai hilang arah. Aku macam tak percaya dia pergi tanpa aku berada disisinya buat kali terakhir. Aku ambil cuti selama dua minggu atas kehilangan Sahabat baikku ini. Dan Restoran pun terpaksa ditutup sebab ketiadaan aku untuk menguruskan segala perkara. Berhari-hari aku menangis hingga makan minum pun dah hilang selera. Selalu singgah ke kubur nya untuk mendoakan Sahabat baikku. Aku tahu! kemalangan jalanraya itu asbab sahaja. Allah sebenarnya sayangkan Sazali dan kesakitan yang ditanggung saat-saat akhir adalah penghapus segala dosa-dosanya. Cuma aku kini tak ada sesiapa tempat nak berkongsi perasaan tatkala ada masalah. Nampaknya aku sendiri kena berdikari tanggung sorang-sorang segala pemasalahan yang timbul pada masa hadapan. Persoalannya! mampukah aku pendam segala emosi kesedihan ku tanpa tempat nak di luahkan?. Hanya Allah yang Maha Tahu dan KepadaNya aku Mohon Perlindungan.
Nota: Kisah benar seperti yang diceritakan kepada ku oleh Firdaus.































































































